Polemik umur Saidatina Khadijah semasa berkahwin dengan Nabi S.A.W

تحقيق القول في عمر جديجة عندما تزوجها الرسول

Oleh : PU Salman Kuli Ilmu

Pendapat Ulama’ kata umur 40

Ibnu Saad dalam kitab Tobaqat meriwayatkan:

أخبرنا محمد بن عمر، أخبرنا المنذر بن عبد الله الحزامي، عن موسى بن عقبة عن أبي حبيبة، مولى الزبير قال: سمعت حكيم بن حزام يقول: تزوج رسول الله صلى الله عليه وسلم خديجة وهي ابنة أربعين سنة، ورسول الله صلى الله عليه وسلم ابن خمس وعشرين سنة،

Hakim bin hizam berkata:

Rasulullah s.a.w berkahwin dengan Saidatina Khadijah semasa Saidatina Khadijah berumur 40 tahun dan Rasulullah berumur 25 tahun. Perawi Muhammad bin Umar al-waqidi ini ulama bersilisih pendapat, ada yang mengatakannya thiqah dan ada yang mengatakannya lemah malahan ada menuduhnya berdusta (matruk). Kata ulama mungkin ia diterima dalam periwayatan sirah dan bercampur aduk dalam periwayatan hadis.

Imam Ibnu Abdul Barr berkata:

كانت إذ تزوجها رسول الله صلى الله عليه وسلم بنت أربعين سنة، فأقامت معه صلى الله عليه وسلم أربعا وعشرين سنة، وتوفيت وهي بنت أربع وستين سنة وستة أشهر

Saidatina Khadijah berumur 40 tahun semasa dikahwini Nabi s.a.w, hidup bersama Nabi s.a.w 24 tahun dan meninggal ketika umur 64 tahun (isti’ab mi makriftil ashab).

Ibnu Imad :

وتزوج خديجة وهو ابن خمس وعشرين سنة وهي بنت أربعين على الصحيح فيهما

Nabi s.a.w berkahwin dgn Saidatina Khadijah s.a.w umur Ketika umur 25 dan Saidatina Khadijah umur 40 ituk pendapat yg sahih (syazaratus zahab).

Ibnu Burhan al-halabi berkata:

وتزوجها رسول الله صلى الله عليه وسلم وهي يومئذ بنت أربعين سنة. قال: وقيل خمس وأربعين سنة، وقيل ثلاثين، وقيل ثمان وعشرين

Rasulullah s.a.w mengahwini Saidatina Khadijah semasa Saidatina Khadijah umur 40 tahun. Pendapat lemah kata 45tahun, 30 tahun dan 28 tahun (Isanul Uyun fi sirati amin makmun).

Syeikh Musa Rasyid al-Azami (ahli sirah masa kini) berkata: Adalah umur Saidatina Khadijah semasa berkahwin dengan Nabi s.a.w adalah 40 tahun (Lu’lu’ maknun fi Sirah Ma’mun).

Imam Muhammad bin Yusuf as-Solehi seorang ahli sejarah Islam yg ulung berkata: “Pendapat umur Saidatina Khadijah 40 tahun masa berkahwin dengan Nabi s.a.w adalah pendapat sahih yg masyhur” (subulul huda war rasyad – sebuah ensiklopedi sirah yang hebat).

Ibnul Athir berkata:

كان عمرها حينئذ أربعين سنة

Umur Saidatina Khadijah Ketika itu 40 tahun (asadul ghabah).

Imam Mulla Ali al-Qari berkata:

تزوجها رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو ابن خمس وعشرين سنة ولها يومئذ أربعون سنة

Rasulullah s.a.w berkahwin dgn Saidatina Khadijah Ketika baginda berumur 25 dan Saidatina Khadijah 40 tahun (Jam’ul wasail).

Ibnu hajar al-Asqalani berkata:

وعن حكيم بن حزام أنها كانت أسنَّ من النبي صلى اللَّه عليه وسلّم بخمس عشرة سنة

Dari hakim bin hizam berkata : Saidatina Khadijah lebih berusia dari Nabi s.a.w 15 tahun.

Abu Hasan Ali an-Nadawi berkata: Umur Saidatina Khadijah berumur 40 tahun . beliau merujuk kepada sirah ibnu hisyam dan sirah ibnu kathir (Sirah Nabawiyyah).

 

Ulama yang mengatakan Saidatina Saidatina Khadijah berkahwin dengan Nabi s.a.w pada umur lebih muda dari 40 tahun.

Ibnu saad meriwayatkan:

أخبرنا هشام بن محمد بن السائب، عن أبيه، عن أبي صالح عن ابن عباس قال: كانت خديجة يوم تزوجها رسول الله صلى الله عليه وسلم ابنة ثمان وعشرين سنة

Ibnu Abbas berkata: adalah Saidatina Khadijah semasa berkahwin dengan Nabi berumur 28 tahun. Perawi hadis ini hisyam al-kalbi adalah sangat dhoif iaitu berstatus matruk.

Ibnu asakir meriwayatkan Saidatina Khadijah beumur 30 tahun (Tarikh dimasyq).

 

Khulasah

Ulama’ sirah tidak sepakat tetapi lebih ramai yang mengatakan 40.

Credit : Ustaz PU Salman

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3716345408484716&id=100003278813911&sfnsn=mo

The post 40 Tahun : Umur Saiyidatina Saidatina Khadijah menurut majoriti ulama sunni ketika bernikah dengan rasulullah appeared first on Nurfeed.com.