SOALAN :

Saya ada soalan hendak tanya yaitu :

Siapa orang pertama yang mati syahid?

JAWAPAN :

ORANG PERTAMA SYAHID

Orang Islam yang pertama mendapat syahid ialah seorang wanita yang bernama Sumayyah bin Al-Khayyath r.a. isteri bagi Yasir bin ‘Amir r.a. dan ibu kepada ‘Ammar bin Yasir r.a.

Berkata Imam Ibnu Sa’ad :

قَدِم ياسر بن عامر رضي الله عنه من اليمن إلى مكة وأقام بها، فحالفه أبو حذيفة بن المغيرة وزوَّجه سمية بنت خياط رضي الله عنها وهي كانت أَمَةً له، ولمـَّا ولدت سميَّةُ عمَّارًا أعتقها أبو حذيفة، ثم لمـَّا جاء الله بالإسلام أسلم ياسر وعمار وسمية

Artinya : “Telah datang Yasir bin ‘Amir r.a. dari negeri Yaman ke negeri Mekah dan tinggal ia di Mekah dan adalah Abu Huzaifah bin Al-Mughirah mengahwinkannya dengan Sumayyah binti Khayyat r.a. dan Sumayyah ini adalah hamba bagi Abu Huzaifah. Ketika Sumayyah melahirkan ‘Ammar maka Abu Huzaifah telah memerdekakannya dan selepas datang Islam maka Yasir dan Sumayyah dan ‘Ammar telah memeluk Islam.” (Kitab At-Tabaqat Al-Qubra)

Dan telah meriwayatkan olih Ibnu Mandah :

إنَّ سمية كانت سابع سبعة في الإسلام

Artinya : “Sungguhnya Sumayyah adalah orang yang ketujuh memeluk agama Islam.” (Kitab Al-Mustakhraj)

Telah meriwayatkan olih Ibnu Abdil Barri :

فعن مجاهد رحمه الله أنَّه قال: أوَّل من أظهر الإسلام رسول الله صلى الله عليه وسلم، وأبو بكر الصديق، وبلال بن رباح، وصهيب، وخباب بن الأرت، وعمار بن ياسر، وسمية أم عمار رضي الله عنهم أجمعين

Artinya : “Daripada Mujahid sungguhnya beliau berkata : Orang yang pertama menzahirkan Islam ialah Rasulullah saw kemudian Abu Bakar As-Siddiq dan Bilal ibnu Rabbah dan Suhaib dan Khabbab Bin Al-Arat dan ‘Ammar bin Yasir dan Sumayyah ibu ‘Ammar r.a.” (Kitab Al-Isti’ab)

Berkata Imam Ibnu Al-Asir :

هي الصحابية الجليلة سميَّةُ بنت الخيَّاط، أم عمَّار بن ياسر، هي أول شهيدةٍ في التاريخ الإسلاميّ، كانت سميَّة أَمَةً عند أبي حذيفة بن المغيرة، وكانت من أوائل المسلمين ومن السَّابقين إليه في بداية الدَّعوة، وقد عذَّبها أبوحذيفة بن المغيرة

Artinya : “Dia adalah sahabat perempuan yang besar bernama Sumayyah binti Al-Khayyath r.a. ibu kepada ‘Ammar bin Yasir r.a. Sumayyah adalah wanita pertama yang mendapat syahid dalam sejarah Islam. Adalah Summayah ini hamba kepada Abu Huzaifah bin Al-Mughirah. Dan adalah Sumayyah dari orang-orang terawal memeluk Islam dan dari kalangan terdahulu pada dakwah Islam dan sungguh telah menyiksanya olih Abu Huzaifah bin Al-Mughirah.” (Kitab Asadul Ghabah)

Sumayyah r.a. mendapat syahid dengan ditikam olih Abu Jahal menggunakan tombak setelah disiksa dengan diletakkan di atas pasir yang panas dan ditindih dengan batu.

Berkata Imam Al-Harani :

Telah diriwayatkan daripada Mujahid beliau berkata :

جَاءَ أَبُو جهل إِلَى سميَّة فَجعل يصفعها، ثُمَّ وجأ فِي قَلبهَا بِحَرْبَة فَكَانَت أَوَّل مستشهد اسْتشْهد فِي الْإِسْلَام

Artinya : “Datang Abu Jahal kepada Sumayyah kemudian menamparnya dan kemudian menikam pada jantungnya dengan tombak. Maka jadilah Sumayyah orang yang pertama mendapat syahid dalam Islam.” (Kitab Al-Awa’il)

Sebab Sumayyah dibunuh olih Abu Jahal kerana dia enggan kembali kepada agama kufur setelah diminta olih Abu Jahal.

Dan pada riwayat yang lain berkata Mujahid :

أول شَهِيد اسْتُشْهِدَتْ فِي الإِسْلامِ سُمَيَّةُ أُمُّ عَمَّار وَجَأَهَا أَبُو جَهْلٍ – لَعَنَهُ اللَّهُ – بِحَرْبَةٍ

Artinya : “Orang yang pertama mati syahid dalam Islam ialah Sumayyah ibu kepada ‘Ammar (bin Yasir). Telah menikam akan Sumayyah sehingga mati olih Abu Jahal laknatullah dengan tombak.”

wallahua’lam

Credit : petikan status Facebook ustaz azhar idrus

The post Orang pertama syahid dalam Islam appeared first on Nurfeed.com.